Sabah Teachers Union (STU)
Sabah Teacher's Union
(STU)
SABAH TEACHERS UNION (STU) ialah satu kesatuan terawal yang didaftarkan di Sabah, amnya di Malaysia. Ditubuhkan pada 6 Mac 1967 dan didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja yang mempunyai hak kesatuan seperti mengambil tindakan perusahaan, piket, hak perlindungan dengan kerajaan dalam menuntut bonus, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik serta menjaga kebajikan ahli.
Keahlian terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia seluruh negeri Sabah.
SUMBANGAN & PERJUANGAN
Aktiviti terkini kesatuan bukan sahaja tertumpu kepada usaha merekrut ahli baharu bagi Sabah Teacher's Union, malah turut memberi penekanan kepada penambahbaikan perkhidmatan sedia ada demi kebajikan semua ahli. Di samping itu, kesatuan juga memperkenalkan satu skim yang menarik serta komprehensif khusus untuk ahli STU, dan terbuka kepada seluruh ahli keluarga guru-guru di Sabah. Program yang sedang giat dilaksanakan ini berupaya membantu menyediakan dana sehingga maksimum RM200,000, dengan kadar caruman minimum serendah RM20 sebulan.
Lebih penting, skim ini turut memberi perlindungan sekiranya ahli STU atau ahli keluarga mereka ditakdirkan diuji dengan musibah seperti kematian atau hilang upaya. Dalam tempoh promosi, kesatuan juga membuka peluang kepada guru-guru serta ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada untuk menyertai program ini tanpa perlu mengemukakan laporan perubatan. Walaupun mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik, mereka masih layak mencarum dan berpeluang membuat tuntutan sehingga maksimum RM200,000 berdasarkan penyakit yang dihidapi.
Sekiranya berlaku kematian akibat penyakit tersebut, manfaat kewangan yang diperuntukkan akan disalurkan kepada waris yang layak, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.